BANNER

Monday, June 4, 2012

Program Pensijilan Etika Digital 1Citizen


Pensijilan IC CITIZEN ini merupakan sebahagian daripada Program 1Citizen. Sebuah program latihan yang dibangunkan khas oleh Prestariang Systems Sdn Bhd untuk memupuk perpaduan negara dan semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia melalui penggunaan teknologi secara berhemah. Seiring dengan kondep dan hasrat 1Malaysia dengan menanamkan nilai-nilai murni dan positif ketika menggunakan teknologi. Program ini memberi inspirasi kepada Netizen untuk berfikiran kritis dan memahami kesan etika daripada tingkah laku mereka dalam talian.

Objektif Program
  • Menjadikan seorang pemikir yang kritikal dalam menganalisis sumber maklumat dan komunikasi.
  • Memahami kesan etika daripada kelakuan dalam talian.
  • Membuat keputusan online secara beretika.
  • Menjadikan rakyat Malaysia lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi digital hari ini.
  • Memupuk semangat keNegaraan, kerjasama dan rasa kebertanggungjawaban semasa berinteraksi di dalam dunia siber.
  • Mempromosikan nilai-nilai etika yang murni dan menggalakkan perpaduan serta memupuk budaya kerjasama di kalangan pengguna-pengguna digital.
  • menjadikan hasil ciptaan Malaysia sebagai petanda aras global dan piawaian sedunia bagi Pensijilan Literasi Digital.
Kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Rimba Mas. Penyertaan adalah PERCUMA ( Yuran Peperiksaan US$35 ditanggung kerajaan ) dan dibuka kepada yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja. Peserta akan menerima sijil IC Citizen - Suatu pengiktirafan bertaraf global yang mengesahkan pemahaman anda terhadap peraturan serta penggunaan wajar internet dan perkakasan digital.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.