BANNER

Saturday, December 15, 2012


Sempena cuti sekolah tahun 2012, Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan beberapa aktiviti untuk ahli-ahli Pi1M Felda Rimba Mas. Terdapat 9 pertandingan diadakan dan dijalankan selama 1 hari iaitu pada 13 Disember 2012 hari khamis. Kami juga melakukan aktiviti sukaneka pada sebelah pagi dan aktiviti komputer pada sebelah petang. Alhamdulilah semua berjalan lancar dan ramai yang datang untuk mengambil bahagian. Terima kasih kepada semua ahli-ahli Pi1M Felda Rimba Mas kerana menjayakan aktiviti ini..

Monday, June 4, 2012

Program Pensijilan Etika Digital 1Citizen


Pensijilan IC CITIZEN ini merupakan sebahagian daripada Program 1Citizen. Sebuah program latihan yang dibangunkan khas oleh Prestariang Systems Sdn Bhd untuk memupuk perpaduan negara dan semangat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia melalui penggunaan teknologi secara berhemah. Seiring dengan kondep dan hasrat 1Malaysia dengan menanamkan nilai-nilai murni dan positif ketika menggunakan teknologi. Program ini memberi inspirasi kepada Netizen untuk berfikiran kritis dan memahami kesan etika daripada tingkah laku mereka dalam talian.

Objektif Program
  • Menjadikan seorang pemikir yang kritikal dalam menganalisis sumber maklumat dan komunikasi.
  • Memahami kesan etika daripada kelakuan dalam talian.
  • Membuat keputusan online secara beretika.
  • Menjadikan rakyat Malaysia lebih berhemah dan bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi digital hari ini.
  • Memupuk semangat keNegaraan, kerjasama dan rasa kebertanggungjawaban semasa berinteraksi di dalam dunia siber.
  • Mempromosikan nilai-nilai etika yang murni dan menggalakkan perpaduan serta memupuk budaya kerjasama di kalangan pengguna-pengguna digital.
  • menjadikan hasil ciptaan Malaysia sebagai petanda aras global dan piawaian sedunia bagi Pensijilan Literasi Digital.
Kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Rimba Mas. Penyertaan adalah PERCUMA ( Yuran Peperiksaan US$35 ditanggung kerajaan ) dan dibuka kepada yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja. Peserta akan menerima sijil IC Citizen - Suatu pengiktirafan bertaraf global yang mengesahkan pemahaman anda terhadap peraturan serta penggunaan wajar internet dan perkakasan digital.






Saturday, December 17, 2011

Jom Cerdik ICT DI CBC Felda Rimba Mas


Sempena cuti sekolah ini PJK Felda Rimba Mas akan mengadakan aktiviti ' Jom Cerdik ICT Di CBCFRM ' Aktiviti terbuka kepada semua pelajar sekolah yang berminat...Boleh datang ke PJK untuk mendaftar. Selain itu pendaftaran ahli juga diberi percuma terhad kepada 50 orang pertama sahaja.

Hari : Selasa , 20 Disember 2011               
                  Atucara Program : 9.30 pagi - 1.00 tengahari.                                           

Thursday, October 13, 2011

Perkampungan WiFi Felda Rimba Mas ( Percuma )


Untuk makluman semua penduduk Felda Rimba Mas dan kawasan sekitarnya, kawasan Perkampungan Felda Rimba Mas telah mempunyai jaringan WiFi. Selain itu kawasan perkampungan Kg Tersusun juga dipasang satu tiang untuk kemudahan penduduk di situ. Buat masa sekarang penggunaan WiFi ini adalah percuma kepada semua ahli yang berdaftar dengan PJK.  Untuk melanggan WiFi ini anda boleh datang ke Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Rimba Mas untuk membuat pendaftaran. Pendaftaran ahli adalah sebanyak RM5 untuk seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.


Wednesday, August 24, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Ampun dan maaf andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di mana-mana
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERkejam tiba-tiba
TERmenyakitkan hati tiba-tiba
TERmacam-macam lagi yang kena mengena

Semoga dimaafkan
daripada Abg Firdus dan Kak Shikin



Sunday, August 21, 2011

PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini pihak Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Rimba Mas akan menganjurkan aktiviti untuk semua ahli-ahlinya. Pertandingan ini akan diadakan pada :


25 OGOS 2011 ( Khamis )

- Pertandingan Menaip Esei ( Tajuk : Kenangan Manis di Bulan Puasa )

- Pertandingan Mencipta Kad Hari Raya Aidilfitri ( Bebas )

Boleh datang ke PJK untuk membuat pendaftaran. Penyertaan dibuka kepada semua peringkat umur. Pemenang disediakan hadiah menarik.


Wednesday, July 27, 2011

75% langganan jalur lebar 2015


Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyasarkan kadar langganan jalur lebar oleh isi rumah akan mencapai sehingga 75 peratus menjelang 2015. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan perkembangan terkini yang menunjukkan sasaran 60 peratus kadar langganannya pada tahun ini telah pun berjaya dicapai. “Setakat ini, Malaysia mempunyai 17.5 juta pengguna Internet dan daripada jumlah itu, lima juta adalah pengguna jalur lebar, 2.5 juta adalah pengguna jalur lebar tanpa wayar dan 10 juta pelanggan 3G,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Puncak Semangat Rancang Pelaksanaan Seluruh Negara Bagi Teknologi Generasi Baru Evolusi Jangka Panjang (LTE) di sini, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Puncak Semangat Sdn. Bhd. (PSSB), Tan Sri Syed Anwar Jamallulail dan Pengarah Urusan PSSB, Datuk Abdullah Kadir Bacha. Rais memberitahu, di Johor sahaja, kadar langganan jalur lebar mencapai 57.7 peratus dan dijangka terus meningkat dalam masa terdekat. Sementara itu, beliau menggalakkan penggiat industri kandungan kreatif supaya meningkatkan produktiviti kerana bidang tersebut dijangka berkembang dengan lebih pesat pada kadar 20 peratus tahun ini. “Kerajaan melihat potensi besar bagi industri ini yang bernilai RM9.8 bilion pada 2010, nilai eksport industri ini pada tahun itu sahaja ialah RM114.48 juta,” katanya. Antara yang berpotensi besar dalam industri itu adalah bidang animasi, komik interaktif, kesan-kesan khas untuk filem, kandungan digital dan aplikasi bagi telefon bimbit. Menurutnya, banyak kisah setempat, ragam budaya dan amalan tradisi termasuk keunikan di Sabah dan Sarawak yang boleh dijadikan bahan untuk kandungan industri itu.

Tuesday, May 31, 2011


Sempena cuti sekolah ini PJK Felda Rimba Mas akan mengadakan Program PJK ‘ATTACK’ School Holiday pada 8 dan 9 Jun 2011 nanti. Aktiviti terbuka kepada pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan juga belia dan beliawanis Felda Rimba Mas dan komuniti setempat. Kepada yang berminat boleh datang ke PJK untuk mendaftar sebagai peserta. Hadiah menarik menanti anda semua..
 

                                     Atucara Program: 8 Jun 2011 (9:30 pagi – 1.00 petang)
                                                                - KUIZ ICT (EXPLORACE)
                                                                - KELAS ‘VIDEO EDITING 
 
                                                               9 Jun 2011 ( 2.15 petang -5.30 petang )
                                                                - PERTANDINGAN ‘BIODATA KREATIF’
                                                                - PERTANDINGAN MELUKIS ‘PAINT’  
                                                                - PEMBENTANGAN HASILVIDEO EDITING
                                                                - UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Thursday, May 19, 2011

PERKAMPUNGAN WIFI FELDA RIMBA MAS


Untuk makluman pemua penduduk Felda Rimba Mas dan kawasan sekitarnya, kawasan Perkampungan Felda Rimba Mas telah mempunyai jaringan WiFi. Dimana sebanyak lima tiang WiFi sudah ditambah di dalam kawasan Felda menjadikan semuanya enam tiang termasuk satu tiang di kawasan PJK. Selain itu kawasan perkampungan Kg Tersusun juga dipasang satu tiang untuk kemudahan penduduk di situ.. Untuk melanggan WiFi ini anda boleh datang ke Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Rimba Mas untuk membuat pendaftaran.
Pendaftaran ahli adalah sebanyak RM5 untuk seumur hidup.
Kadar Harga WiFi sebulan :  RM10 untuk pelajar 
                                          RM15 untuk dewasa