BANNER

USAHAWAN PJK

ART EMPHASIZE - PENGUSAHA PERABOT
http://art-emphasize.blogspot.com/


PENGENALAN

Sebuah syarikat bumiputra yang didirikan di dalam kawasan Felda Rimba Mas. Sebuah perusahaan berasaskan kayu yang diusahakan oleh anak jati peneroka Felda Rimba Mas sendiri. Pemiliknya Zahrim bin Ahmad berumur 31 tahun berkelulusan dalam bidang  Teknologi Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot daripada Institut Kemahiran Malaysia. Beliau sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih kurang hampir 10 tahun dan mempunyai sebuah bengkel perabot dengan seorang pekerja. Mula beroperasi sepenuhnya awal tahun 2011 dan mula menerima tempahan daripada pelanggan di sekitar penduduk setempat.




LATAR BELAKANG


Zahrim b Ahmad merupakan anak generasi kedua di Felda Rimba Mas dan sudah berkahwin dan dianugerahkan seorang cahaya mata. Beliau menerima sijil daripada Institut Kemahiran Malaysia dalam Kursus Teknologi Rekabentuk dan Pengeluaran Perabot selama 1 tahun 
setengah pengajiannya di IKM Alor Star. Tamat dari pengajiannya beliau telah bekerja di HKT Malaysia ( Johor ) selama 1 tahun setengah sahaja dan diberhentikan kerana kemerosotan ekonomi ketika itu. Jadi beliau telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman dan bekerja di Padang Lati, Perlis iaitu sebuah

bengkel perabot milik Othman Ismail Enteprise Sdn Bhd. Beliau banyak menimba pengalaman di bengkel ini kerana 6 tahun beliau bekerja di bengkel ini. Selepas itu beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan mula membuat perniagaan sendiri di rumahnya. Selama 2 tahun setengah beliau mengusahakan perniagaannya beroperasi di rumah dan masuk tahun ke 3 beliau sudah berpindah ke bengkel tetap beliau iaitu di ART EMPHASIZE. Jadi hampir 3 tahun dia menguruskan syarikatnya sendiri dan sekarang sudah mempunyai pelanggannya sendiri dan seorang pekerja. Walaupun telah membuka bengkel En Zahrim tidak ragu-ragu untuk memasuki Kursus Peruncitan Perabot di Kolej Skilltech ( Ipoh ) selama 1 bulan setengah bagi menambahkan lagi pengetahuannya dalam bidang ini.



DAHULU DAN SEKARANG
Pada awal pembukaan bengkel perabot ini En Zahrim tidak melakukan sebarang promosi bagi menonjolkan perabot beliau. Dia hanya mengedarkan flyers kepada penduduk setempat itupun dengan jumlah yang kecil. Jadi promosi ini kurang berkesan bagi mempromosikan bengkelnya yang baru beroperasi. Sejak penubuhan Pusat Jalur Lebar Komuniti ditubuhkan bersebelahan dengan bengkelnya beliau selalu datang untuk menggunakan perkhidmatan fotostat dan ‘printing’. Jadi pihak PJK dapat tahu mengenai penglibatan beliau dalam pertukangan kayu ini dan perkhidmatan perabot yang disediakan. Kami pihak PJK Felda Rimba Mas merasakan beliau perlukan lebih promosi untuk bengkel perabotnya. Jadi kami pihak PJK telah mengambil keputusan untuk menolong bengkel ini. Bermula dengan kami mengajar beliau untuk membuat akaun Facebook. Kami terangkan padanya cara-cara mencari pelanggan di dalam Facebook. Hanya dengan memasukkan gambar perkhidmatan yang disediakan dan tag pada kawan yang lain. Jadi perniagaan beliau tidak terhad kepada penduduk setempat sahaja malah hingga ke seluruh negeri Perlis. Selain itu kami juga mengajar cara-cara membuat pengiklanan di dalam internet dengan menggunakan mudah.my




SAMBUTAN
Alhamdulilah selepas beberapa bulan perniagaan beliau sudah dikenali ramai dan mula mendapat tempahan daripada penduduk luar dari kawasan setempat. Promosi yang dijalankan di internet banyak menolong beliau dalam mencari pelanggan yang baru. Selain itu kaedah ini dapat memudahkan pelanggan untuk melihat dan memilih perabot yang sesuai dan mengikut citarasa mereka. Pelanggan tidak perlu datang sendiri ke bengkel untuk membuat tempahan. Mereka hanya perlu memberitahu ukuran dan jenis perabot yang dikehendaki sahaja dan jenis kayu yang ingin digunakan. Tempahan yang sudah siap akan terus di pasangkan di rumah pelanggannya dan pembayaran akan diterima selepas selesai kerja-kerja pemasangan. En Zahrim tidak akan mengambil upahnya selagi pelanggannya tidak berpuas hati. Jadi hasil kerja yang dilakukan adalah sangat teliti. Jadi tidak hairanlah banyak pelanggan yang menyukai cara En Zahrim bekerja.

PENDAPATAN
Untuk permulaan tahun 2011 pendapatan bulanan En Zahrim adalah lebih kurang RM2000 hingga RM3000 sebulan dan pendapatan ini mengikut permintaan. Dengan berkat dan usaha yang gigih, Insyaallah En Zahrim dapat menjana lebih pendapatan pada masa akan datang.

KESIMPULAN
Kini perjalanan perniagaan ART EMPHASIZE semakin maju dan berkembang. Dengan bantuan Pusat Jalur Lebar Komuniti Felda Rimba Mas, En Zahrim b Ahmad telah maju kehadapan dengan memasarkan produknya melalui internet. Jadi sekarang PJK Felda Rimba Mas menjadi tempat beliau datang mencari idea-idea baru untuk menambahbaik dalam perniagaannya.




Produk yang dihasilkan











     PROJEK PERUSAHAAN VERMIKOMPOS


Pengeluar produk  adalah EN. HASIM BIN MORAT (Pengurus ) yang mengusahakan projek di alamat No.33 Jalan Cenderawasih, Felda Rimba Mas, 02100 Padang Besar (U) Perlis (012-4307050/0124037050). Harga produk 1 kg berjumlah RM 3.50 manakala 10 kg bernilai RM 30.00. En Hasim b Morat telah di anugerahkan Peneroka Jaya semperna Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri perlis 1999.


    SEJARAH PROJEK PERUSAHAAN VERMIKOMPOS OLEH DIDILABA ENTERPRISE
                   Di usahakan pada akhir tahun 2008 dengan mendapat didikan Jabatan Pertaniam negeri Perlis.  Modal permulaan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian negeri Perlis.   Mula mengeluarkan hasil selepas 3 bulan.
            Terdapat 2 jenis cacing yang digunakan bagi membuat baja tersebut iaitu cacing spesies Temperete dan Tropika. Kedua-dua spesies itu mempunyai ciri-ciri  seperti pemakan atasan  ,rakus dan membiak dengan cepat.  Cara penjagaannya ialah ialah dengan meletakkan najis lembu yang telah kering bersama jerami dan cacing dalam petak khas yang disediakan.
Selepas itu,proses pembajaan berlaku apabila cacing berkenaan memakan bahan tersebut dan spesies itu lebih suka berada dalam keadaan gelap. Mesin khas telah dicipta bagi merungkai baja kasar menjadi halus. Mesin baru yang direka itu membolehkan baja dihasilkan dengan cepat. Selain itu, air kencing cacing  menghasilkan cecair yang dikenali sebagai Vermitera dan boleh digunakan untuk pertanian.
Kebaikan Vermikompos ialah menambahkan kelembapan dan membebaskan penjagaan nutrient dalam tanah , memperbaiki pengudaraan tanah, mengurangkan permukaan tanah menjadi keras, menambah bilangan mikroorganisma tanah yang berfaedah dan mengurangkan organism tanah yang berbahaya dan boleh digunakan terus pada tanaman. Produk ini di pasarkan merata negeri . Produk ini juga di pasarkan ketika ekspo Pertanian Peringkat kebangsaan .Contohnya  Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2009 pada 11-13 Disember 2009 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh , Melaka dan Ekspo Pertanian Perlis pada Julai 2010.












PRODUK KECANTIKAN ONLINE 

Ku Zinnurain binti Ku Bahaidin

Ku Zinnurain binti Ku Bahaidin, 28 tahun merupakan menantu generasi kedua di Felda Rimba Mas dan sudah berkahwin dan dianugerahkan  2 orang cahaya mata. Pada mulanya, Puan Ku Zinnurain bekerja sebagai kerani kilang di Padang Besar dengan pendapatan RM850.00 sebulan untuk membantu suami yang juga pekerja am biasa.


Taraf hidup yang semakin tinggi dan faktor anak yang telah masuk sekolah amat menyulitkan kehidupan Puan Ku Zinnurain sekeluarga. Akibat keazaman yang kuat untuk merubah hidupnya, Puan Ku Zinnurain mengeluar modal permulaan sebanyak RM30.00 berniaga online produk kecantikan wanita di laman facebook.

 Lebih membanggakan lagi,  aktiviti  urusniaga dilakukan menggunakan netbook 1 Malaysia yang diberikan oleh pihak CBC Celcom pada keluarga peneroka yang mempunyai pendapatan RM3000.00 ke bawah pada tahun 2010 lalu.


Dengan kemudahan yang diberikan oleh pihak CBC CELCOM  termasuk wifi to home  CBC CELCOM digunakan sebaik mungkin oleh Puan Ku Zinnurain untuk berniaga online. Puan Ku Zinnurain melanggan wifi  to home setiap bulan dan sangat berterima kasih kepada CBC Celcom kerana kemudahan ini di Felda sangat membantu menaiktaraf kehidupan beliau.

Puan Ku Zinnurain berniaga mengunakan laman facebook  yang ditunjuk ajar oleh CBC CELCOM, akhirnya membuahkan hasil. Pulangan keuntungan pada bulan pertama sebanyak RM400.00 dan terus meningkat setiap bulan.

Puan Ku Zinnurain akan datang ke CBC untuk menggunakan komputer di CBC CELCOM jika ada masa terluang bagi mempelajari dan membuat kajian yang mendalam tentang bisnes internet.Pihak CBC Celcom juga mengajar  memasukkan gambar dan edit gambar untuk menarik minat pasaran agar lebih luas.

CBC CELCOM  juga memberi perkhidmatan servis laptop setiap kali  usahawan ada masalah teknikal berkaitan peralatan ICT.


Alhamdulilah selepas beberapa bulan perniagaan beliau sudah dikenali ramai dan produk kecantikan yang dijual telah dibeli oleh pelanggan dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawak.Promosi yang dijalankan di internet banyak menolong beliau dalam mencari pelanggan yang baru di Malaysia. Kini, pendapatan bulanan Puan Ku Zinnurain adalah lebih kurang RM1500 hingga RM2000 sebulan. Semoga Puan Ku Zinnurain lebih maju kehadapan dengan memasarkan produknya melalui internet dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga.